Aisha Retno menggalas watak Puteri Gunung Ledang - Utusan Malaysia

Aisha Retno menggalas watak Puteri Gunung Ledang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Identiti salah seorang Puteri Gunung Ledang kini sudah dikenali sebaik sahaja Aisha Retno diumumkan menggalas watak tersebut dalam pementasan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang.

Menerusi satu hantaran di Instagram, foto Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, dimuat naik dan diperkenalkan sebagai salah seorang puteri.

“Inilah salah satu puteri kami. Suaranya seakan tercipta untuk sebuah lagenda. Anggun dan lembut. Namun, menyimpan kekuatan di balik diamnya.

“Dan kini, ia melangkah memasuki dunia Puteri Gunung Ledang,” katanya dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Selain Aisha Retno, pihak produksi turut memaklumkan seorang lagi pelakon yang bakal membawa watak puteri yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, kejayaan ini merealisasikan impian lama Aisha yang sebelum ini secara terbuka menyatakan hasratnya untuk menghadiri sesi uji bakat pada April lalu demi mencuba nasib menggalas watak ikonik berkenaan.

Terdahulu, dua watak Bayan, Sultan Melaka dan Gusti Adipati telah diumumkan yang akan digalaskan oleh Mimy Fly, Nadia Aqilah, Luqman Hafidz dan Yusuf Hashim.

Pementasan semula Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang yang diterajui oleh Penerbit Eksekutif dan Pengarah, Datin Seri Tiara Jacquelina dijadualkan berlangsung pada Oktober 2026 dan bakal menampilkan barisan pelakon generasi baharu bagi menghidupkan kembali kisah epik tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN