MEKAH: Jemaah Malaysia yang menyertai program Sahabat Maktab bukan sekadar untuk beribadat, tetapi juga membantu tetamu Allah bagi membantu melancarkan operasi musim haji tahun ini. Walaupun hadir untuk menunaikan rukun Islam kelima, mereka memilih memikul amanah membantu petugas Lembaga Tabung Haji (TH) menguruskan kebajikan dan pergerakan jemaah lain sepanjang berada di tanah suci. Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd. Hisham Harun berkata, justeru itu sambutan terhadap program itu amat menggalakkan…










