Rafizi Ramli bakal hilang Pandan seperti Azmin Ali tewas di Gombak - AMK Pulau Pinang

Rafizi Ramli bakal hilang Pandan seperti Azmin Ali tewas di Gombak – AMK Pulau Pinang

MOHD. Rafizi Ramli (kanan) bersama Nik Nazmi Nik Ahmad pada Majlis Pengumuman Hala Tuju Politik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Rafizi Ramli dijangka akan tewas di kawasan Pandan jika PKR meletakkan fugura yang kuat bertanding melawan bekas Menteri Ekonomi itu.

Situasi itu mungkin berlaku sama seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang gagal mempertahankan Parlimen Gombak selepas tiga penggal memegang kerusi itu atas tiket PH, namun tewas kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada PRU15 lalu.

Ketua Pemuda PKR (AMK) Pulau Pinang, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata, bagaimanapun, parti Bersama Malaysia (Bersama) yang diterajuinya masih terlalu baharu dan belum teruji tahap kekuatan akar umbi, jentera dan sebagainya.

“Buat masa sekarang terlalu awal untuk saya katakan beliau akan tewas di Pandan. Partinya terlalu baru dan belum teruji tahap kekuatan akar umbi, jentera dan sebagainya.

“Tetapi jika PKR meletak satu figura yang kuat bertanding di kawasan tersebut. Saya yakin Rafizi akan tewas dengan majoriti yang tipis,” katanya hari ini.

MUHAMMAD ZAKWAN MUSTAFA KAMAL

Pada PRU14, Mohamed Azmin menang dengan majoriti 48,721 menewaskan calon BN Datuk Rahim Kamarudin dan Khairul Nizam Khirudin (Pas).

Muhammad Zakwan berkata, lokaliti pandan juga adalah kawasan bandar dan pengundi kawasan itu diyakini akan memilih calon dan parti yang kuat, stabil dan mampu memerintah kerajaan.

“Jika dilihat dari kekuatan pengaruh politik, Azmin dan Rafizi mempunyai kekuatan yang hampir sama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN