Polis Narathiwat gagalkan hantar 24,000 pil kuda guna kurier

Polis Narathiwat gagalkan penghantaran 24,000 pil kuda guna kurier

ANGGOTA polis memeriksa bungkusan yang mengandungi lebih 24,000 biji pil kuda dalam operasi sebuah syarikat kurier di bandar Narathiwat, Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Polis Wilayah Narathiwat menggagalkan cubaan menghantar 24,000 biji pil kuda menggunakan per­khidmatan kurier se­lepas merampas dadah berkenaan di sebuah gudang penyimpanan di sini, kelmarin.

Rampasan pada pukul 1.30 petang itu dilakukan selepas polis menerima maklumat risikan berkaitan dengan kegiatan tersebut.

Jurucakap polis berkata, sejurus selepas menerima maklumat, sepasukan anggota me­l­akukan pemeriksaan ke atas syarikat kurier dan menjumpai sebuah kotak yang dihantar dari Wilayah Phayao di utara Thailand.

Katanya, hasil kerjasama dengan syarikat berkenaan, anggota bertugas melakukan pemeriksaan ke atas kotak itu dan menjumpai 24,000 biji pil kuda dengan berat kira-kira 2,160 gram.

“Kami percaya dadah ini dipesan oleh sindiket tempatan sebelum diseludup ke negara jiran.

“Kami sedang memperluas siasatan termasuk menjejaki pi­hak yang menghantar dan menerima dadah ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Jurucakap polis berkata, rampasan itu adalah kesinambungan daripada kejayaan membongkar rangkaian pengedaran dadah rentas sempadan menggunakan syarikat penghantaran segera di wilayah ini sejak dua bulan lalu.

Katanya, taktik menggunakan syarikat kurier untuk menghantar dadah, khususnya di wilayah Selatan Thai semakin kurang susulan pengawasan dan pemeriksaan rapi pihak berkuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN