Medan selera di Petaling Jaya dinaiki air 1.2 meter 

Medan selera di Petaling Jaya dinaiki air 1.2 meter 

BANJIR kilat dilaporkan berlaku di kawasan Medan Selera Jaya dengan anggaran kedalaman air kira-kira empat kaki (1.2 meter).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah medan selera di Jalan 51A/223, Seksyen 51A di sini dinaiki air hampir 1.2 meter susulan banjir kilat ekoran hujan lebat di ibu negara.

Panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya tiba di lokasi kira-kira 11 minit kemudian.

“Komander operasi melaporkan berlaku banjir kilat di kawasan Medan Selera Jaya dengan anggaran kedalaman air kira-kira empat kaki (1.2 meter).

“Terdapat beberapa kenderaan di kawasan parkir medan selera turut dilaporkan tenggelam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, tiada pemindahan mangsa dilakukan dalam kejadian itu dengan paras air juga dilaporkan semakin surut ketika operasi dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN