Kad konsesi Bas.My diperluas kepada pelajar Tingkatan Enam, pelatih institut latihan

Kad konsesi Bas.My diperluas kepada pelajar Tingkatan Enam, pelatih institut latihan

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemudahan kad konsesi Bas.My kini diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam dan pelatih institut latihan milik kerajaan di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kemudahan tambang percuma tanpa had itu sebelum ini hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia dalam kategori tertentu termasuk pelajar sekolah berusia tujuh hingga 17 tahun, warga emas berumur 60 tahun ke atas serta Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar.

Katanya, bagi pelaksanaan di Kuching dan Samarahan, inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 2,350 pelajar Tingkatan Enam serta lebih 3,200 pelatih institut latihan milik kerajaan.

“Hampir 850,000 penumpang telah menggunakan perkhidmatan Bas.My Kuching setakat April lalu.

“Langkah ini diharap dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan selain menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan kedua-dua golongan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Laluan Baharu Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti Bas.My Kuching, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN