Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 130kg

Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 130kg

KEDUA-dua tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Tawau hari ini bagi berdepan pertuduhan mengedar 130.57 kg dadah, bulan lalu. - UTUSAN/NASRAWATI SYARIFUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 130.57 kilogram (kg), bulan lalu.

Tertuduh, Ng Chuan Tong, 51, dan Herman Patte, 35 mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa secara bersama-sama mengedar dadah berbahaya dengan berat 130,575.18 gram di Batu 15 Jalan Apas, di sini pada 21 April lalu.

Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup serta maksimum 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Haikal Hazwan Md Yatin.

Tiada tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 2 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN