Asyraf Wajdi jawab kritikan pihak personal hak istimewa Mara

Asyraf Wajdi jawab kritikan pihak personal hak istimewa Mara

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang pengguna media sosial yang kerap mempertikaikan usaha Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam membangunkan serta memperkasa masyarakat bumiputera mendapat perhatian Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi berkata, pada awalnya beliau tidak mahu melayan isu yang dibangkitkan individu berkenaan, namun pendirian itu berubah apabila persoalan berkaitan keistimewaan khas kepada orang Melayu dan bumiputera terus dimainkan secara terbuka.

“Ada lagi yang tidak boleh menerima hakikat Mara sebagaimana termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Mulanya saya malas je nak jawab. Tapi sudah beberapa kali beliau memperlekehkan dan menafikan peranan Mara, termasuk memandang rendah perancangan Mara untuk memprofesionalkan golongan Huffaz.

“Minta maaf, selagi saya diberikan amanah sebagai Pengerusi Mara, hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak akan tetap dipertahankan sebagaimana termaktub dalam Perkara 153,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menjawab persoalan mengapa Mara masih memerlukan keistimewaan khas, meskipun telah mencapai kejayaan membanggakan, Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO menegaskan, Mara masih memerlukan keistimewaan khas walaupun berjaya mencatat pelbagai pencapaian membanggakan.

Beliau berkata, ini kerana kejayaan dicapai institusi itu tidak bermakna jurang struktur sosioekonomi dalam masyarakat telah terhapus sepenuhnya dan kedudukan tinggi yang dicapai institusi itu tidak bermaksud jurang struktur dalam masyarakat telah terhapus.

“Keistimewaan tersebut tidak pernah diwujudkan untuk membuktikan orang Melayu dan bumiputera tidak mampu bersaing, sebaliknya ia diperkenal bagi mempercepatkan penyertaan kaum berkenaan supaya persaingan berlaku secara seimbang.

“Jika kejayaan semata-mata, bermaksud bantuan perlu dihentikan serta-merta, maka tiada negara akan meneruskan subsidi, tindakan afirmatif atau perlindungan strategik untuk golongan dan industri yang masih membangun.

“Persoalan sebenar bukan sama ada sebahagian bumiputera telah berjaya, tetapi sama ada jurang sosioekonomi keseluruhan sudah cukup rapat sehingga bantuan boleh ditarik balik tanpa menjejaskan atau mengundurkan kemajuan yang telah dicapai,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN