Sumbangan, dedikasi Karam Singh jadi inspirasi generasi akan datang - PM

Sumbangan, dedikasi Karam Singh jadi inspirasi generasi akan datang – PM

KARAM SINGH WALIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji sumbangan dan dedikasi wartawan alam sekitar terkenal, Datuk Karam Singh Walia yang meninggal dunia pada awal pagi ini.

Perdana Menteri berkata, Karam Singh merupakan seorang wartawan penyiaran yang amat dihormati dan beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

“Sumbangan dan dedikasi mendiang dalam dunia kewartawanan, khususnya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu alam sekitar, akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

“Moga mendiang disemadikan dengan aman, dan keluarga diberi ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi saat yang sukar ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Media melaporkan, mendiang menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Klang kira-kira jam 3.30 pagi, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh adik mendiang yang juga Pengarang Urusan Kumpulan (GME), Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad, Jasbant Singh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN