Pembangkang membisu apabila isu rasuah dibangkitkan – Anwar

Pembangkang membisu apabila isu rasuah dibangkitkan – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sikap pembangkang yang memilih untuk membisu apabila isu rasuah dan penyelewengan yang menjejaskan kehidupan rakyat dibangkitkan.

Menurut beliau, sikap itu berbeza dengan tindakan mereka yang paling ke hadapan dalam mengapi-apikan sentimen perkauman dan menunggang agama.

“Apabila rasuah dan penyelewengan yang menjejaskan hidup rakyat dibangkitkan, pembangkang memilih untuk membisu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun dalam mengapi-apikan sentimen perkauman dan menunggang agama, merekalah yang paling ke hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas semula perkara yang disentuhnya pada Forum Ilmuwan Madani baru-baru ini, Anwar berkata, sikap berdiam diri terhadap penyelewengan berbilion ringgit boleh menyebabkan masyarakat lama-kelamaan terbiasa bertolak ansur dengan kejahatan.

“Selagi saya memikul amanah ini, saya tidak akan berkompromi dengan rasuah, kerana pelaku rasuah tempatnya dalam penjara,” katanya.

Jumaat lalu, akhbar ini melaporkan, Anwar secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan UMNO melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn. Bhd.

Menurut Anwar, walaupun UMNO mempunyai semangat persahabatan dengan Najib, tindakan itu boleh memberi mesej yang salah kepada masyarakat mengenai usaha membanteras rasuah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini