MEKAH: Jemaah haji diingatkan tidak terlalu ghairah menghasilkan kandungan media sosial di tanah suci hingga mengabaikan tujuan utama ibadah. Peringatan itu susulan trend jemaah yang lebih memberi tumpuan kepada rakaman video dan gambar untuk media sosial berbanding penghayatan ibadah haji. Pengarah Operasi Bimbingan Haji Tabung Haji (TH), Shahrin Awaluddin berkata, jemaah haji khususnya generasi muda tidak wajar mensia-siakan peluang berharga menunaikan ibadah haji yang wajib sekali seumur hidup apabila leka…










