Polis giat kesan suspek pukul isteri

Polis giat kesan suspek pukul isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis kini giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai memukul isterinya dalam kejadian di Ambangan Heights, di sini sebaik laporan dibuat abang mangsa, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 40-an dipercayai telah melarikan diri dari daerah ini.

“Siasatan sedang dijalankan dan belum ada sebarang tangkapan kerana dipercayai dia sudah melarikan diri. Kami juga telah menggerakkan anggota untuk menjejakinya bagi melengkapkan siasatan kes terbabit,” katanya.

Difahamkan, lelaki terbabit turut bertindak kejam memukul bekas isterinya sebelum ini yang sehingga kini terlantar koma akibat kejadian di sebuah negeri, beberapa tahun lalu.

Semalam, akhbar ini melaporkan ahli keluarga mangsa menggesa pihak polis menangkap segera lelaki berkenaan untuk diadili mengikut proses undang-undang kerana bertindak kejam terhadap mangsa.

Dalam kejadian itu, wanita berusia 39 tahun terbabit keguguran selepas mengalami kecederaan teruk dipercayai dipukul suami dalam kejadian di rumah mereka, Khamis lalu.

Ibu kepada dua anak hasil perkahwinan terdahulu itu berkahwin dengan suspek di negara jiran pada Disember lalu.

Dia turut cedera dan lebam pada badan, muka dan kaki akibat dipukul dengan penyangkut baju, getah paip, besi langsir dan penyapu.

Mangsa turut mengalami kerugian apabila barangan kemas dan wang simpanannya yang berjumlah RM50,000 turut dilarikan suaminya selepas kejadian itu. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN