Polis ambil keterangan sembilan saksi kejadian tembak Tan Lek Khang

Polis ambil keterangan sembilan saksi kejadian tembak Tan Lek Khang

AB. RAHAMAN Arsad menunjukkan dua pucuk senjata api yang digunakan oleh bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor Tan Lek Khang akibat tertembak diri sendiri ketika mengadakan latihan pada sidang media di IPK, Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor telah mengambil keterangan daripada sembilan saksi melibatkan insiden tertembak diri sendiri bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang di Lapang Sasar Ladang REM, Kota Tinggi semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, saksi terlibat terdiri daripada lima pengawal peribadi, dua rakan, seorang jurulatih menembak dan seorang anak tiri lelaki mangsa berusia 19 tahun.

Katanya, polis turut merampas dua pistol iaitu jenis SIG Sauer dan MasterPiece Arms; kelopak peluru serta beberapa butir peluru hidup yang digunakan ketika kejadian.

“Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 3.30 petang, dimana siasatan awal mendapati mangsa sedang mengosongkan senjata api yang telah diguna semasa latihan menembak dibuat.

“Kelopak peluru telah dikeluarkan, namun dia mungkin terlupa masih ada satu peluru di dalam pistol berkenaan sebelum berlaku tembakan yang mengenai bahagian dadanya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah Ab. Rahaman, mangsa yang berusia 40 tahun mempunyai lesen sah untuk memiliki tiga senjata api termasuk satu senapang patah sejak 2022 dan pihaknya akan menjalankan ujian balistik untuk mengenalpasti pistol mana yang digunakan ketika kejadian berlaku.

“Tiada kamera litar tertutup di lokasi kejadian, bagaimanapun polis turut menyiasat adakah berlaku kecuaian daripada pihak mangsa sendiri atau jurulatih lapang sasar berkenaan sehingga memungkinkan perkara itu berlaku.

“Mangsa ketika ini dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, pasukan media Lek Khang dalam satu kenyataan memberitahu, bekas calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekok pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 telah menjalani pembedahan selama empat jam di Hospital Sultan Ismail (HSI), lewat malam tadi.

“Beliau kini ditempatkan di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan masih dipantau rapi pihak hospital. Hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat hingga suatu masa yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya.-UTUSAN

Habis..

Caption:

JOHOR BAHRU, 29 April – Ketua Polis Johor Datuk Ab. Rahaman Arsad menunjukkan dua pucuk senjata api yang digunakan oleh bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor Tan Lek Khang akibat tertembak diri sendiri ketika mengadakan latihan pada sidang media di IPK, Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN