Persidangan khas DUN kembalikan kestabilan

Persidangan khas DUN kembalikan kestabilan

JALALUDDIN Alias ditemui pemberita di Wisma UMNO Negeri Sembilan di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHEJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan adalah satu pilihan yang boleh dilaksanakan untuk mengembalikan semula kestabilan politik di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, kerajaan negeri akan terus berada dalam kedudukan goyah jika pilihan itu diabaikan begitu saja.

“Jika kerajaan negeri bertahan dengan menunggu selama enam bulan sehingga persidangan DUN akan datang, kerajaan akan diurus dalam keadaan yang tidak stabil, sangat tidak pasti dan pelbagai masalah akan timbul.

“Demi kestabilan di negeri ini, saya, berpandangan persidangan DUN khas mesti dipanggil oleh Yang Dipertua Dewan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jalaluddin mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang memaklumkan kerajaan negeri mempunyai masa sehingga enam bulan untuk mengadakan persidangan DUN seterusnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN