Netizen gesa tindakan lebih tegas atasi gejala buli

Netizen gesa tindakan lebih tegas atasi gejala buli

NETIZEN menyuarakan kebimbangan kerana jenayah buli terus berlaku meskipun pelbagai usaha dan kesedaran telah dilakukan oleh pihak berkuasa. - UTUSAN/GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Netizen menggesa kerajaan mengambil tindakan lebih tegas termasuk melakukan reformasi undang-undang bagi menangani kes buli yang terus berlaku dalam masyarakat.

Terbaharu, kejadian buli membabitkan anak pelakon Ako Mustapha yang mendapat perhatian warga maya dan mahu tindakan tegas diambil bagi mengelak jenayah tersebut terus berlaku.

Tinjauan Utusan Malaysia di media sosial mendapati, rata-rata netizen menyuarakan kebimbangan kerana jenayah buli terus berlaku meskipun pelbagai usaha dan kesedaran telah dilakukan oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu, mereka mahukan satu tindakan lebih tegas diambil termasuk melakukan reformasi undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada pelaku.

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, @murni.harun berkata, isu buli perlu diberi perhatian serius dan tidak dinormalisasikan berikutan tindakan terhadap pelaku ketika ini dilihat tidak setimpal.

“Setiap pihak perlu memainkan peranan agar isu ini dapat ditangani dan tidak berulang serta hukuman yang dikenakan kepada pembuli sepatutnya berat supaya menjadi pengajaran kepada pembuli.

“Jika dibiarkan tanpa tindakan tegas, kes buli akan terus berulang dan menjadi barah dalam masyarakat,” katanya

Sementara itu, @dayah_shafee pula berkata, setiap kes buli wajar dilaporkan kepada pihak bertanggungjawab walaupun dianggap ringan bagi meningkatkan kesedaran bahawa gejala tersebut memberi kesan buruk kepada masyarakat.

“Keadilan kepada mangsa buli wajar ditegakkan memandangkan kesan buli ini meninggalkan trauma yang mendalam terhadap mangsa buli.

“Langkah yang progresif yang perlu diambil iaitu dengan menambah baik sistem undang-undang berkaitan buli ini supaya tidak ada yang maut disebabkan oleh buli berikutan hukuman yang dikenakan ringan,” katanya.

Menerusi hantaran lain, @syzzamirh pula berkata, pihak berwajib perlu bertanggunjawab terhadap setiap kes yang dilaporkan dan tidak seharusnya mendiamkan diri bagi menjaga reputasi sesebuah institusi.

“Semua pihak perlu bertanggungjawab dalam mencari jalan penyelesaian sekiranya isu ini berlaku dan tidak seharusnya mendiamkan diri bagi menjaga nama baik institusi mahupun individu yang berkepentingan,” katanya – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN