Nelayan maut dua bot bertembung di Muka Kuala  Mangkuk

Nelayan maut dua bot bertembung di Muka Kuala  Mangkuk

KEADAAN bot yang dinaiki mangsa yang rosak selepas berlanggar dengan sebuah bot lain di Muka Kuala Sungai Mangkuk di Setiu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang nelayan maut selepas bot gentian kaca yang dinaikinya bertembung dengan bot milik nelayan lain di Muka Kuala Sungai Mangkuk, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd. Zain  Mat Dris berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.15 ketika mangsa, Mohd. Adli Zakaria, 53, bersama seorang rakannya, Tengku Anuar Tengku Mohamed, 55, dalam perjalanan keluar memukat udang di laut. 

“Ketika tiba di lokasi kejadian, bot dinaiki mangsa  bertembung dengan sebuah lagi bot dari arah bertentangan. Kemalangan itu itu mengakibatkan Mohd. Adli tercampak dan terjatuh di bahagian dek hadapan bot serta tidak sedarkan diri,. 

“Mangsa dibawa rakannya itu jeti Kampung Baru Penarik namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi.,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN