PETALING JAYA: Sebanyak 17,089 permohonan harta intelek (IP) diterima bagi tempoh Januari hingga Mac 2026, peningkatan sebanyak 10.5 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Yusnieza Syarmila Yusoff berkata, peningkatan itu mencerminkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan perlindungan inovasi dan jenama. Katanya, trend tersebut juga menunjukkan masyarakat kini semakin memahami nilai komersial harta intelek dalam menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan industri negara secara menyeluruh. “Dalam…










