CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan kutipan cukai langsung tertinggi dalam sejarah apabila pertama kalinya melepasi paras RM200 bilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kutipan cukai itu pada tahun 2025 mencecah RM203.991 bilion. Beliau berkata, ia pencapaian terbaik dengan peningkatan kutipan sebanyak RM19.186 bilion atau 10.38 peratus berbanding tahun sebelumnya. “Hasil daripada prestasi kutipan yang lebih kukuh itu, kerajaan telah dapat memperuntukkan tambahan dana bayaran balik cukai…










