Nahas van polis: Jenazah Muhammad Shahrul selemat dikebumikan

Nahas van polis: Jenazah Muhammad Shahrul selemat dikebumikan

JENAZAH Allahyarham Lans Koperal Muhammad Shahrul Alif Yaacob selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tujoh di Kampung Tujoh, Tumpat, Kelantan awal pagi tadi. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Jenazah anggota polis yang maut dalam kemalangan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungkai, Perak, semala, selamat dikebumikan awal pagi ini.

Jenazah Allahyarham Lans Koperal Muhammad Shahrul Aliff Yaacob, 26, selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tujoh di sini kira-kira pukul 1.45 pagi.

Sebelum itu, jenazah Muhammad Shahrul Aliff tiba dari Jabatan Forensik Hospital Tapah Perak kira-kira pukul 12.45 malam. Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Mukim Tujoh untuk solat jenazah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam media melaporkan seorang anggota polis maut manakala 10 lagi cedera selepas sebuah van PDRM yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh penghadang besi di Kilometer 352 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat Tapah, Perak pada pukul 11.35 pagi.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas tayar belakang sebelah kiri van jenis Maxus itu pecah secara tiba-tiba menyebabkan kenderaan terbabas dan melanggar penghadang besi di bahagian tengah lebuh raya.

Allahyarham meninggalkan balu, Nor Ilyanie Abd Aziz, 26, serta seorang anak, Muhammad Aqif Irsyad berusia enam bulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini