Krisis Negeri Sembilan: Ahmad Zahid jumpa Anwar

Krisis Negeri Sembilan: Ahmad Zahid jumpa Anwar

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini bagi membincangkan krisis politiik di Negeri Sembilan.

Ahmad Zahid bagaimanapun enggan mengulas masa dan lokasi pertemuan itu.

Ketika ditanya pemberita mengenai kenyataan Ketua Pemuda UMNO berhubung usaha membentuk kerajaan tebuk atap, Ahmad Zahid berkata, perbincangan bersama Perdana Menteri itu penting.

“Itu sebabnya perbincangan dengan Perdana Menteri penting dan masalah politik perlu selesai guna saluran politik dan bukan kaedah lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN Ke-54 dan Pelancaran Dasar Pengguna Negara 2.0 di sini hari ini.

Semalam, Datuk Seri Aminud­din Harun menegaskan beliau akan meneruskan tugas sebagai Menteri Besar selain pentadbiran kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa selaras dengan apa dititahkan Yang di-Pertuan Besar Ne­ge­ri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Dalam konteks ini, Aminuddin telah mempersembahkan kedudukan terkini kepada Tuanku, yang kemudiannya menitahkan supaya pentadbiran negeri diteruskan sehingga terdapat kejelasan muktamad mengenai situasi itu.

Seramai 14 Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan (ADUN) Barisan Nasional (BN) mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin, sekali gus menarik sokongan terhadap kerajaan negeri sedia ada.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menyifatkan, keputusan itu dicapai secara sebulat suara oleh kesemua ADUN. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN