Kerajaan sasar 200,000 penempatan pekerjaan tahun ini

Kerajaan sasar 200,000 penempatan pekerjaan tahun ini

R. Ramanan dalam program Karnival Kerjaya Premium MYFutureJobs anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyasarkan penempatan pekerjaan sebanyak 200,000 tahun ini menerusi pelbagai inisiatif padanan kerjaya dan program kebolehpasaran di seluruh negara. .

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, sasaran itu ditingkatkan susulan sambutan memberangsangkan terhadap Karnival Kerjaya Premium MYFutureJobs 2026 yang menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan dengan gaji permulaan antara RM3,000 hingga RM16,000.

Katanya, sebanyak 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan melibatkan pelbagai majikan termasuk syarikat multinasional, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam keadaan ekonomi semasa, peluang ini dilihat amat baik susulan jumlah tawaran pekerjaan yang banyak serta pakej dan ganjaran menarik yang disediakan majikan kepada calon berjaya,” katanya ketika ditemui dalam sidang media MyFutureJobs Premium Carnival 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr Azman Aziz Mohammed.

Menurut Ramanan, usaha memperluas peluang pekerjaan turut merangkumi penganjuran Karnival Lindung Kerjaya yang dijadual berlangsung pada 9 Mei ini dengan penyertaan lebih 52 syarikat.

“Penganjuran karnival turut diperluaskan ke Sabah dengan sasaran antara 5,000 hingga 10,000 peluang pekerjaan pada 9 Mei depan,” katanya.

Ujarnya, peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam MYfuturejobs merangkumi pelbagai sektor termasuk kejururawatan, kejuruteraan, perbankan dan audit dengan hampir 30 peratus permohonan tertumpu dalam industri perkhidmatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini