SEREMBAN: “Saya pergi toreh getah, saya sudah hilang kerja,” seloroh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias kepada para pemberita yang menunggunya di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini pagi tadi. Bekas Exco Kanan kerajaan negeri itu berkata, kedudukan beliau bersama tiga lagi exco daripada UMNO terlucut selepas kesemua 14 ADUN daripada Barisan Nasional (BN) mengisyhtiharkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai…










