KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu, ibu kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor mengungkapkan rasa syukur, selepas mengetahui serangan yang dilakukan anaknya menyebabkan kematian dua anggota polis. Pada prosiding sebelum ini, saksi ketiga menyatakan bahawa bapa penyerang mengakui bahawa darah polis, tentera dan institusi kerajaan halal dibunuh, namun kecewa kerana anak lelakinya tidak mengajaknya membuat serangan itu. Saksi kelima, Asisten Superintenden Cassidy Anak Banta, 42, berkata,…










