PETALING JAYA: Aliran pemindahan wang berhubung kes penyelewengan dana bernilai RM230 juta melibatkan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) sedang dikenal pasti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan bukan sahaja membabitkan tempoh 2025, sebaliknya dari 2018 hingga kini. Katanya, SPRM sedang mendapatkan maklumat daripada institusi perbankan yang dijangka diperoleh sekurang-kurangnya seminggu. “Kita sedang mendapatkan banyak lagi maklumat dan keterangan termasuk menunggu pengesahan daripada bank…







