Seleweng dana RM230 juta: Timbalan YDP Ikram disambung reman

Seleweng dana RM230 juta: Timbalan YDP Ikram disambung reman

Timbalan YDP Ikram disambung reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan seorang pengarah sebuah syarikat berkaitan penyelewengan dana NGO berjumlah kira-kira RM230 juta disambung reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman selama lima hari sehingga 30 April ini terhadap kedua-dua suspek telah dikeluarkan Timbalan Pendaftar Faizah NorRanderan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi sebaik tempoh reman asal terhadap kedua-dua suspek tamat hari ini.

Sebelum ini kedua-dua suspek telah ditahan reman selama empat hari sejak Rabu lalu dan susulan tangkapan tersebut, terkini SPRM telah membekukan 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM150 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN