14 ADUN BN khianat kerajaan perpaduan - Wanita PKR

14 ADUN BN khianat kerajaan perpaduan – Wanita PKR

PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap kepemimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun jelas mengkhianati kerajaan perpaduan serta mandat dan kepercayaan rakyat.

Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kenyataan berkata, ketika Malaysia berdepan cabaran ekonomi dan tekanan kos sara hidup, tindakan semua ADUN terlibat membuktikan kesanggupan mereka mengorbankan kestabilan demi percaturan kuasa politik.

“Hakikatnya, ini bukan hanya pengkhianatan terhadap kerajaan perpaduan tetapi terhadap rakyat yang amat memerlukan kestabilan politik untuk menghadapi tekanan kos sara hidup, bukan permainan kuasa sempit.

“Wanita PKR berdiri teguh bersama Pakatan Harapan (PH) dalam menolak sebarang bentuk pengkhianatan politik demi melindungi kepentingan serta kesejahteraan rakyat.

“Wanita PKR turut menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi untuk mempertahankan peranan serta fungsi institusi Raja-Raja Melayu sebagai pelindung kepada kedaulatan Perlembagaan,” katanya hari ini.

Kelmarin, 14 wakil rakyat terlibat mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin, sekali gus menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Kemudian, lima ADUN Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan kepada BN, lantas mengakibatkan Aminuddin hilang majoriti dalam DUN.

DUN Negeri Sembilan mempunyai sebanyak 36 kerusi dengan PH memenangi 17 kerusi diikuti BN (14) dan PN lima kerusi.

Sebanyak 19 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri secara majoriti mudah.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan untuk Aminuddin kekal menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN