Persatuan Pengguna Pulau Pinang gesa rakyat tanam sayur sendiri

Persatuan Pengguna Pulau Pinang gesa rakyat tanam sayur sendiri

RAKYAT Malaysia disaran menanam sayur-sayuran sendiri susulan kenaikan harga sayur di pasaran yang dijangka terus meningkat dalam masa terdekat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga sayur-sayuran di pasaran dijangka meningkat sehingga 50 peratus dalam jangka pendek sebelum kembali kepada sekitar 30 peratus pada paras semasa, susulan peningkatan kos pengeluaran akibat konflik di Asia Barat.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) juga mengulangi saranan kepada rakyat Malaysia supaya mula menanam sayur-sayuran sendiri susulan kenaikan harga sayur di pasaran yang dijangka terus meningkat dalam masa terdekat.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow berkata, penanam sayur di Cameron Highlands memberi amaran bahawa harga bahan itu boleh melonjak sehingga 50 peratus berikutan peningkatan kos pengeluaran akibat konflik di Asia Barat.

“Persatuan itu memberi amaran bahawa harga sayur boleh meningkat sehingga 50 peratus dalam jangka pendek sebelum menurun kepada sekitar 30 peratus pada paras semasa.

“Penanam sayur mengadu bahawa harga baja dan kos pengangkutan sudah menjadi beban besar manakala pekerja ladang yang kebanyakannya warga asing, menuntut gaji lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Subbarow berkata, bagi mengurangi beban kenaikan harga, CAP menggesa rakyat di negara ini menanam sendiri pelbagai jenis sayur-sayuran dan tumbuhan herba.

“Tanam secara semula jadi di atas tanah bagi mengurangkan kos, selain mengamalkan kaedah kompos menggunakan sisa dapur sendiri untuk menghasilkan baja sihat. Penanaman di rumah juga menjimatkan kos dan tidak memerlukan ruang luas.

“Tanaman seperti bendi, terung, cili, sawi, kangkung, kailan, bayam, pudina, pegaga, kesum dan selom boleh ditanam dengan mudah walaupun di balkoni,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN