FAMA sasar 40 juta hasil jualan di 772 pasar tani sempena Aidilfitri

FAMA sasar 40 juta hasil jualan di 772 pasar tani sempena Aidilfitri

Sebanyak RM40 juta hasil jualan disasarkan di 722 lokasi pasar tani seluruh negara sempena Program Semarak Syawal 1447@Pasar Tani menjelang sambutan Aidilfitri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak RM40 juta hasil jualan disasarkan di 722 lokasi pasar tani seluruh negara sempena Program Semarak Syawal 1447@Pasar Tani menjelang sambutan Aidilfitri.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Abdul Rashid Bahri berkata, program yang berlangsung selama enam hari bermula semalam hingga 19 Mac itu bertujuan membantu orang ramai mendapatkan barangan keperluan Aidilfitri pada harga berpatutan.

“Bagi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, kita menyasarkan 48 lokasi dengan sasaran nilai jualan sebanyak RM2.7 juta.

“Seluruh negara ada 722 lokasi dan ini merupakan program tahunan FAMA dengan tujuan mengurangkan kos sara hidup untuk meraikan Aidilfitri nanti pada harga yang berpatutan.

“Harga stabil, tak meningkat, harga baik sangat berpatutan. Jadi pengguna-pengguna tidak risau sangat berkenaan dengan bekalan untuk Aidilfitri ini Insya-Allah,” katanya selepas pelancaran Program Semarak Syawal 1447@Pasar Tani Peringkat Selangor hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rashid berkata, antara pengisian program tersebut ialah Jualan Kombo Promosi Agro Madani yang menawarkan barangan keperluan pada harga lebih rendah.

“Jualan kombo membabitkan telur, minyak, santan kotak, bawang merah setengah kilogram dan halia yang dijual pada harga RM5 untuk 100 set bagi harga Happy Hour berbanding harga asal RM15.

“Jualan khas ayam segar pula dijual pada harga promosi RM10 seekor berbanding harga asal RM18 seekor serta edaran kerepek secara percuma,” katanya.

Katanya, FAMA turut bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menganjurkan Karnival Mantai 2026 di Stadium Shah Alam selama dua hari bermula Selasa ini.

“Pada karnival ini, kita membawa 10 tan lembu daging lembu segar tempatan yang biasa dijual pada harga RM30, dengan diskaun berbentuk kupon RM5, iaitu pada harga RM25 satu kilogram.

“Jadi, saya menyeru warga Selangor yang berdekatan dengan Stadium Shah Alam dan sekitarnya boleh dapatkan daging lembu segar pada harga yang sangat murah iaitu RM25. Ayam pula RM10 seekor,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN