Wan Ahmad Fayhsal bersama dua lagi dipecat Bersatu

Wan Ahmad Fayhsal bersama dua lagi dipecat Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bersama dua lagi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana didakwa tidak ‘sebulu’ dengan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Wan Ahmad Fayhsal yang sebelum ini digantung sejak 14 Oktober lalu kini dipecat bersama Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Yunus Nurdin dan Mohd Hassundi Hamzah dari Bahagian Bersatu Larut, Perak.

Menerusi surat pemecatan yang dikeluarkan Lembaga Disiplin Bersatu, tiga pemimpin itu sudah melanggar Perlembagaan parti.

Pengerusinya, Datuk Mohd Radzi Manan berkata, Lembaga Disiplin sudah bersidang semalam dan memutuskan bahawa dua pemimpin itu dipecat hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 berkuatkuasa mulai hari ini.

Beliau berkata, pemecatan itu kerana dua pemimpin tersebut melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.

“Sila ambil perhatian bahawa notis ini berkuat kuasa serta-merta. Walaubagaimanapun pihak Yang Berhormat boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis ini,” katanya.

Setakat ini sudah enam pemimpin Bersatu yang sudah dipecat termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan dan Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.

Mereka merupakan antara 14 pemimpin Bersatu yang dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti semalam.

Bagaimanapun, hanya Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat, Shafiq Abdul Halim sahaja yang hadir ke prosiding tersebut, sementara Hamzah dilaporkan kini berada di Sydney, Australia atas urusan ahli keluarganya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN