Telur kubis Pulau Redang laris di Bazar Batu Buruk

Telur kubis Pulau Redang laris di Bazar Batu Buruk

SITI Fatiema Abdul Manan menunjukkan kuih Telur Kubis Pulau Redang yang dijual digerainya di Bazar Ramadan Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kuih tradisi telur kubis dari Pulau Redang menjadi tarikan di Bazar Ramadan Batu Buruk, di sini apabila menerima sambutan hangat daripada pengunjung sejak hari pertama Ramadan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pengunjung bazar beratur panjang sebelum gerai jualan beroperasi pada pukul 3 petang bagi mendapatkan kuih tersebut Pulau Redang.

Peniaga kuih itu, Siti Fatiema Abdul Manan, 49, berkata, dia bersama suaminya, Sanudin Shafie, 50, mengambil keputusan ‘berhijrah’ sementara ke sini sepanjang Ramadan bagi memperkenal kuih popular dari Pulau Redang kepada pelanggan.

“Kami mula berniaga pada pukul 3 petang dan sekitar 5 petang kuih sudah habis dijual. Setiap hari kami cuba tambah kuantiti supaya lebih ramai pe­langgan dapat menikmatinya. Tidak sangka setiap hari jualan habis,” katanya.

Siti Fatiema berkata, ini adalah kali kedua dia berniaga di bazar berkenaan selepas kali pertama pada 2023 berikutan sambutan menggalakkan sebelum ini.

“Ada pelanggan lama yang sentiasa bertanya bila lagi kami mahu datang berniaga di sini,” katanya yang menyewa rumah selama sebulan di Marang bagi membolehkan mereka berniaga di Bazar Ramadan Batu Buruk.

Pasangan ini dibantu anak keduanya, Muhamad Aliff Haiqal, 19, dan seorang pekerja sepanjang tempoh sebulan berniaga.

Katanya, di Pulau Redang, kuih telur kubis sememangnya popular dan menjadi pilihan sama ada pada waktu pagi atau petang.

“Di Pulau Redang memang ramai yang jual telur kubis. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya belajar membuat kuih ini daripada penduduk tempatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN