Tangisan bayi terlibat kemalangan tular

Tangisan bayi terlibat kemalangan tular

SHAHRULANUAR MUSHADDAT ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Tular satu rakaman video berdurasi 53 saat memaparkan kejadian ibu dan anak cedera dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang terbalik di Kilometer 19, Jalan Kluang-Batu Pahat, dekat sini pagi tadi.

Lebih memilukan, rakaman tular di media sosial berkenaan turut merakam bunyi tangisan bayi perempuan yang berusia 10 tahun berhampiran kenderaan dinaiki bersama ibu bapa yang sedang terbakar.

Kemalangan berlaku pada pukul 2.40 itu dipercayai tidak melibatkan kenderaan lain, sebaliknya kereta dinaiki tiga sekeluarga berkenaan terbabas selepas sebuah tayarnya ketika pemanduan berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah berkata, kemalangan itu melibatkan seorang lelaki berusia 26, seorang wanita berusia 41, serta seorang bayi perempuan berusia 10 bulan.

“Ketika dalam perjalanan ke Parit Raja dari Batu Pahat, kereta dinaiki tiga beranak terlibat dalam kemalangan. Siasatan awal mendapati tiada kenderaan lain terlibat sebaliknya kemalangan disebabkan tayar pecah sebelum kereta itu hilang kawalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Video tular tersebut turut memaparkan beberapa pengguna jalan raya berlari ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta yang remuk dan rosak teruk serta bahagian hadapan terbakar.

Tambah Shahrulanuar, pemandu lelaki mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri manakala isterinya cedera di kepala, kedua-duanya dirawat di Zon Kuning Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

“Bayi perempuan pula mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dirawat di Zon Merah, hospital sama,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini