Suspek tembak Komander AKPS ada kaitan Geng Pak Su

Suspek tembak Komander AKPS ada kaitan Geng Pak Su

ADZLI ABU SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tujuh suspek yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes tembakan terhadap kenderaan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Bukit Kayu Hitam kelmarin, dipercayai mempunyai kaitan dengan Geng Pak Su.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah ketika dihubungi bagi mengulas kaitan individu yang ditahan dengan kumpulan berkenaan.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai hubungan rapat dengan ahli geng terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek kenal dan rapat dengan ahli geng terbabit dan siasatan masih berjalan. 

“Setakat ini, pistol yang digunakan dalam kejadian itu masih belum ditemukan,” katanya hari ini.

Untuk rekod, seramai 22 lelaki berusia 20 hingga 40-an ahli Geng Pak Su ditahan polis di sekitar daerah Kubang Pasu pada 2017 kerana terbabit dalam aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Semalam, media melaporkan polis menahan tujuh suspek termasuk seorang wanita warga Thailand susulan kes tembakan itu.

Enam suspek adalah lelaki warga tempatan dan seorang lagi suspek wanita warga Thailand dipercayai isteri kepada salah seorang suspek lelaki yang ditahan.

Kesemua mereka berusia 22 hingga 52 tahun dan ditahan dalam serbuan Ops Tutup yang dilancarkan Bahagian Siasatan Khas (D9)Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah.

Kesemua mereka yang ditahan adalah penduduk yang tinggal di kawasan perumahan berdekatan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Suspek pasangan suami isteri berjaya ditahan di kawasan pemeriksaan pintu sempadan Padang Besar, Perlis pada pukul 12.30 tengah hari kerana cuba melarikan diri ke negara jiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini