Ramai cari nanas MD2 ketika Ramadan

Ramai cari nanas MD2 ketika Ramadan

SITI Kartini Mamat menunjukkan nanas MD2 yang dijual di gerainya di Chalok, Setiu, Terengganu. - MINGGUAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Kedatangan Ra­ma­dan membuka pintu rezeki buat seorang peniaga varieti nanas premium MD2 apabila permintaan terhadap buah itu meningkat sekali ganda.

Siti Kartini Mamat, 38, berkata, lazimnya jualan nanas MD2 kira-kira 200 kilogram sehari tetapi ia meningkat sekali ganda ketika Ramadan.

“Ketika Ramadan pengguna buat persedia­an awal bagi memenu­hi keperluan hidangan berbuka puasa dan perniagaan makanan yang mana nanas antara hidangan sering dicari.

“Buahnya yang manis-manis masam mudah dipelbagaikan sebagai bahan asas dalam masakan tradisional dan mo­den termasuk untuk buat pajeri nanas, gulai ku­ning ikan bersama nanas, air, jeruk serta pencuci mulut,” katanya kepada Ming­guan Malaysia di Kampung Chalok, di sini.

Menurut Siti Kartini, berdasarkan pengalaman sebelum ini, menjelang Hari Raya Aidilfitri permintaan terhadap buah itu sangat tinggi kerana ia digunakan sebagai bahan utama pembuatan biskut seperti tat nanas dan lain-lain.

Katanya.jika dibandingkan dengan nanas jenis lain seperti nanas Sarawak atau nanas madu, MD2 mempunyai kelebihan tersendiri kerana teksturnya isinya lebih padat, rasanya sangat manis dan tidak membuatkan lidah sakit meskipun makan dalam kuantiti yang banyak. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN