Mahkamah Tinggi tolak permohonan Petros cabar jaminan bank RM7.95juta

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Petros cabar jaminan bank RM7.95juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Mahkamah Tinggi Kuching hari ini menolak permohonan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) untuk mencabar tuntutan jaminan bank oleh Petronas berjumlah RM7.95 juta.

Peguam, Datuk Dr Cyrus Das, yang mewakili Petronas berkata, hakim memutuskan bahawa Petros gagal membuktikan tuntutan jaminan bank oleh Petronas adalah tidak wajar atau menyalahi undang-undang.

“Ini bermaksud tuntutan jaminan bank oleh Petronas telah diktiraf sebagai sah,” katanya kepada pemberita selepas prosiding.

Kes itu didengar di hadapan Hakim Datuk Faridz Gohim Abdullah manakala Penasihat Undang-Undang Sarawak, Datuk Seri JC Fong mewakili Petros.

Mengenai isu perlembagaan yang dibangkitkan, Cyrus berkata, mahkamah memutuskan bahawa perkara tersebut berada di luar skop saman pemula.

Beliau berkat, hakim memutuskan bahawa forum yang betul untuk menentukan isu perlembagaan mengenai Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO 2016) Sarawak ialah Mahkamah Persekutuan.

“Mahkamah memutuskan bahawa persoalan perlembagaan berkaitan PDA

1974 dan DGO 2016 akan ditentukan di peringkat persekutuan.

“Pada 16 Mac, Petronas akan memohon kebenaran untuk merujuk perkara ini ke mahkamah persekutuan,” katanya.

Mahkamah juga memerintahkan Petros membayar kos guaman sebanyak RM50,000 kepada Petronas.

Sebelum ini, Petros memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuching bagi menghalang Petronas daripada menuntut jaminan bank berjumlah RM7.95 juta, dengan alasan bahawa Petronas tidak memiliki lesen yang sah di bawah DGO 2016 Sarawak untuk beroperasi di negeri itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN