Ketuk-ketuk sahur masyarakat Teluk Bahang meriahkan Ramadan

Ketuk-ketuk sahur tradisi masyarakat Teluk Bahang meriahkan Ramadan

SUKARELAWAN yang terlibat dalam aktiviti ‘ketuk-ketuk sahur’ di Teluk Bahang, Pulau Pinang terdiri daripada pelbagai peringkat umur bermula daripada golongan kanak-kanak sehingga ke orang dewasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Ketika kebanyakan penduduk masih lena diulit mimpi, suasana sunyi di beberapa kampung di sekitar Teluk Bahang di sini bertukar menjadi meriah dengan bunyi ketukan buluh bertalu-talu menjelang pukul 4 pagi sepanjang Ramadan.

Tradisi ketuk-ketuk sahur yang digerakkan sekumpulan anak muda dan penduduk setempat itu bukan sekadar rutin tahunan, sebaliknya ia menjadi lambang kebersamaan komuniti yang telah dipertahankan sejak hampir 10 tahun lalu.

Menurut penggeraknya, Mohd. Ali Abdul Jabbar, 41, aktiviti berkenaan bermula secara kecil-kecilan sebelum terus berkembang dan mendapat penyertaan lebih ramai daripada penduduk setiap kali Ramadan tiba.

“Untuk ketuk-ketuk sahur ini, memang kalau ikut hari cuti sekolah, ramai yang akan sertai. Macam semalam, lebih daripada 50 orang turun sekali,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurut Mohd. Ali, kumpulan itu biasanya mula bergerak sekitar pukul 4 pagi atau selewat-lewatnya 4.10 pagi dan mengambil masa kira-kira sejam untuk menjelajah kira-kira 11 kampung kecil di sekitar Te­luk Bahang.

“Semua yang terlibat adalah sukarelawan. Memang tidak ada apa-apa sumbangan khusus. Kalau ada yang tak cukup dari segi baju atau minyak kenderaan, maka, kami yang ‘lama-lama’ ini akan bantu.

“Tujuan utama kami ialah mahu kejutkan orang untuk bersahur. Kita nak bantu mereka yang mungkin tak ada orang nak kejutkan, terutama warga emas atau yang tinggal bersendirian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN