Kapasiti Hanafiah sebagai Ecxo Terengganu tidak jejas proses pendakwaan

Kapasiti Hanafiah sebagai Exco Terengganu tidak jejas proses pendakwaan – Ahmad Samsuri

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mat yang berdepan pertuduhan di mahkamah tidak diwajibkan meletak jawatan kerana kapasiti beliau sebagai Exco tidak menjejaskan proses pendakwaan dan perbicaraan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau mengambil maklum isu seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang kini berada di peringkat pendakwaan dan perbicaraan.

Beliau berkata, kerajaan negeri komited menjaga integriti dan menghormati sepenuhnya proses undang-undang yang sedang berjalan.

“Seseorang tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah. Semua pihak diminta tidak membuat spekulasi atau sebarang penilaian awal yang boleh menjejaskan proses keadilan.

“Ahli MMKN berkenaan tidak diwajibkan meletak jawatan kerana kapasiti beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri tidak menjejaskan proses pendakwaan dan perbicaraan. Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan memberi ruang kepada sistem perundangan menjalankan tugasnya secara profesional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN