E-Filing tahun taksiran 2025 dibuka mulai 1 Mac

E-Filing tahun taksiran 2025 dibuka mulai 1 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) bagi Tahun Saraan 2025 dan Tahun Taksiran 2025 menerusi perkhidmatan e-Filing mulai 1 Mac.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), mulai tarikh tersebut, nombor kad pengenalan akan ditetapkan sebagai nombor pengenalan rasmi bagi pemegang MyKad, MyPR dan MyKAS untuk semua urusan percukaian termasuk akses ke portal MyTax.

“Anggota tentera atau polis yang sebelum ini menggunakan nombor tentera atau polis sebagai pengenalan ketika mengakses portal MyTax perlu mendaftar semula sijil digital individu menggunakan nombor kad pengenalan awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pilih nombor MyKad, MyPR atau MyKAS dan masukkan nombor kad pengenalan semasa log masuk, kemudian ikuti arahan yang dipaparkan di skrin,” katanya.

LHDN turut menyarankan pembayar cukai menggunakan perkhidmatan e-Filing melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my atau menerusi laman rasmi LHDN di https://www.hasil.gov.my dengan laluan MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.

“Bagi ejen cukai pula, pengemukaan hendaklah dibuat melalui platform Tax Agent e-Filing System (TAeF) yang boleh diakses melalui portal MyTax.

“Pembayar cukai hendaklah memastikan mereka mempunyai peranan yang berkaitan di MyTax bagi membolehkan pengemukaan BN melalui e-Filing,” katanya.

LHDN berkata, kegagalan mengemukakan BN serta melaporkan pendapatan sebenar dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan tindakan diambil di bawah Subseksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Sehubungan itu, pembayar cukai dinasihatkan membuat persediaan awal dengan mengumpulkan dokumen berkaitan seperti penyata pendapatan, resit, invois dan dokumen sokongan lain bagi melancarkan proses pemfailan BN Tahun Taksiran 2025,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini