Blok kawalan mineral kritikal: Undang-undang Persekutuan, negeri perlu diteliti

Blok kawalan mineral kritikal: Undang-undang Persekutuan, negeri perlu diteliti

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu meneliti perundangan antara Persekutuan dan negeri berkaitan hasil mineral sebelum memberi maklum balas kepada Amerika Syarikat (AS) mengenai hasrat negara itu untuk mewujudkan blok kawalan mineral kritikal.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia mempunyai perundangan tersendiri berkaitan hasil mineral kerana ia berada di bawah bidang kuasa negeri.

“Kita perlu pastikan perkara ini diharmonikan dahulu kerana kita tidak boleh membuat perundangan dengan membelakangkan negeri kerana negeri mempunyai kuasa mutlak ke atas galian.

“Jadi saya beritahu Malaysia mengambil maklum dan akan melihat keadaan dalaman terlebih dahulu,” katanya ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) mengenai hasil mesyuarat berkaitan mineral kritikal di AS yang dihadiri beliau baru-baru ini, selain kesan terhadap negeri ditadbir pembangkang yang memiliki banyak deposit unsur nadir bumi (REE).

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, AS mengenal pasti lebih 60 mineral yang dikategorikan sebagai mineral kritikal dan berhasrat mewujudkan satu pakatan serta stok pengimbal bagi mineral berkenaan.

“Hasrat AS adalah untuk menubuhkan satu blok bagi mengawal mineral kritikal dunia kerana mereka ketinggalan berbanding negara lain.

“Teknologi negara lain itu lebih maju, dan AS kini menyedari mereka memerlukan mineral kritikal untuk teknologi terkini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN