Akses Masjid Al-Aqsa diperketat, jemaah perlu dapat kelulusan

Akses Masjid Al-Aqsa diperketat, jemaah perlu dapat kelulusan

JEHAD FOUAD MABROUK ALQEDRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akses ke Masjid Al-Aqsa terus diketatkan sepanjang Ramadan apabila permit khas diperlukan untuk menunaikan solat, manakala ratusan masjid di Gaza dilaporkan rosak atau musnah akibat konflik berterusan sejak 2023.

Duta Besar Palestin ke Malaysia, Jehad Fouad Mabrouk Alqedra berkata, sekatan di Al-Quds dan Tebing Barat memberi kesan langsung kepada kehadiran jemaah ke kompleks Masjid Al-Aqsa, termasuk warga emas dan kanak-kanak.

“Akses ke kawasan berkenaan kini tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa selain kawalan keselamatan yang lebih ketat di pintu masuk serta sekatan jalan raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Langkah itu menyebabkan ramai tidak dapat solat berjemaah seperti kebiasaan, khususnya pada waktu puncak se­perti solat Jumaat dan Tarawih,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Dalam masa sama, situasi di Gaza menyaksikan kemusnahan meluas terhadap infrastruktur awam termasuk rumah ibadat, sekali gus mengubah landskap ibadah Ramadan tahun ini.

“Tarawih tidak lagi dilaksanakan di masjid seperti sebelum ini. Ramai terpaksa bersolat di khemah, bangunan separa runtuh atau kawasan terbuka di tengah runtuhan,” katanya.

Jehad Fouad berkata, kebimbangan keselamatan memaksa jemaah berkumpul dalam kumpulan kecil dan memilih lokasi tertentu bagi mengurangkan risiko serangan, malah individu yang tidak dikenali kadangkala tidak dibenarkan menyertai jemaah atas faktor keselamatan.

“Sebelum konflik 2023 memuncak, solat Tarawih dilaksanakan secara terbuka di semua masjid dengan kehadiran jemaah yang ramai serta suasana Ramadan yang meriah”

“Perubahan ini bukan sahaja menjejaskan rutin ibadah, malah memberi kesan sosial dan psikologi kepada masyarakat yang sebelum ini menjadikan masjid sebagai pusat komuniti sepanjang Ramadan,” katanya.

Beliau menegaskan, kebebasan beragama adalah hak asasi di bawah undang-undang antarabangsa dan menggesa perlindungan diberikan kepada orang awam serta tempat ibadat agar rakyat Palestin dapat menunaikan ibadah tanpa sekatan dan ancaman keselamatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini