Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh perjalanan ke Venezuela

Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh perjalanan ke Venezuela

WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat di negara ini dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan tidak penting ke Venezuela susulan serangan ketenteraan di republik itu.

Wisma Putra berkata, nasihat itu dibuat selepas mengambil kira situasi tahap keselamatan semasa di Venezuela yang sentiasa berubah.

“Kementerian juga akan terus membuat pemantauan rapi dan akan menyalurkan maklumat terkini, sekiranya perlu,” katanya dalam kenyataan.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan 55 anggota tentera Venezuela dan Cuba maut dalam serbuan mengejut dilakukan pasukan AS bagi menahan pemimpin

Cuba mengumumkan seramai 32 anggota tenteranya serta kakitangan keselamatan Kementerian Dalam Negeri yang ditugaskan di Caracas maut dalam serbuan terbabit dan turut menyenaraikan mangsa yang terkorban.

Minggu lalu, pasukan AS dilapor menyerang Caracas dengan mengebom sasaran ketenteraan dalam serbuan mengejut.

Ia bertujuan menahan dan menggulingkan Maduro, selain menegaskan penguasaan AS ke atas negara Amerika Selatan yang kaya dengan sumber minyak itu.

Sementara itu, Wisma Putra berkata, tiada rakyat Malaysia dikenal pasti terjejas dalam serangan ke atas Venezuela itu.

“Tiada perubahan terhadap status rakyat Malaysia di Venezuela sejak kemas kini terakhir pada Ahad lalu.

“Kedutaan Besar Malaysia di Caracas kekal berhubung secara berterusan dengan rakyat Malaysia yang berdaftar di negara berkenaan.

“Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat perkembangan terkini. Semua mereka dikenal pasti dan berada dalam keadaan selamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN