Pelajar maut letupan bakal tamat latihan industri

Pelajar maut letupan bakal tamat latihan industri

PIHAK keluarga mangsa letupan memenuhi ruangan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) maut dalam kejadian letupan di sebuah universiti swasta di Jalan Semantan disahkan sedang menjalani latihan industri.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTAR, Prof. Dr. Chang Yoong Choon berkata, mangsa merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan ini adalah minggu terakhir menjalani latihan berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan rekod universiti, mangsa beralamat di Bandar Utama ketika mendaftar masuk ke UTAR kira-kira tiga tahun lalu, namun pihak universiti tidak dapat memastikan sama ada mangsa masih menetap di alamat tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa adalah penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan kini sedang menjalani latihan industri selama tiga bulan.

“Minggu ini merupakan minggu terakhir dia menjalani latihan industri sebelum menamatkan program,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas mengenai bantuan kepada keluarga mangsa, Yoong Chong berkata, UTAR menyediakan perlindungan insurans kepada semua pelajar bagi meliputi sebarang kemalangan termasuk kecederaan dan kematian.

“Universiti akan menguruskan dokumentasi berkaitan dan mengemukakan tuntutan kepada pihak insurans.

“Pihak pengurusan juga akan memberikan sokongan penuh termasuk bantuan berkaitan urusan pengebumian,” katanya.

Katanya, UTAR komited untuk membantu keluarga mangsa sehingga semua urusan selesai dan akan menghormati keputusan keluarga berhubung pengurusan jenazah.

Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas penghawa dingin di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, kira-kira pukul 11.40 pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Soo Yu Juan berusia 24 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini