Najib, Jho Low saling mengenali -hakim

Najib, Jho Low saling mengenali -hakim

NAJIB Razak dibawa menaiki kenderaan Jabatan Penjara tiba di Istana Kehakiman Putrajaya, semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low telah beberapa kali secara peribadi mengatur percutian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya di atas kapal mewah.

Bekas Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Wan Ahmad Shihab Ismail Wan Ismail sendiri pernah bertanya sendiri kepada Najib mengenai pelan percutian di kapal mewah itu dan bekas Presiden UMNO mengesahkannya serta meminta ia diteruskan.

Perkara itu dinyatakan oleh Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah ketika membaca penghakiman yang berlangsung lebih lima jam semalam.

“Pada bulan Julai dan Ogos 2010, Wan Ahmad Shihab memberitahu mahkamah bahawa Jho Low telah mengatur satu lagi percutian di atas kapal layar untuk tertuduh dan keluarganya di Greece dan Itali. 

“Wan Ahmad Shihab berkata Jho Low pertama kali menghubunginya dan memberitahu bahawa tertuduh dan keluarganya dijemput menaiki kapal layar Putera Arab Saudi serta memberitahu saksi bahawa beliau telah dipilih oleh tertuduh sendiri sebagai pegawai bertugas. 

“Wan Ahmad Shihab berkata beliau kemudian menghubungi tertuduh untuk mendapatkan pengesahan terhadap pengaturan tersebut dan tertuduh mengesahkan serta mengarahkannya untuk meneruskan (aturan percutian),” kata hakim itu semalam.

Hakim Sequerah berkata, keterangan Wan Ahmad Shihab disokong bukti dokumen dan gambar yang sekaligus bahawa kedua-dua lelaki itu saling kenal antara satu sama lain.

Dalam keterangan Wan Ahmad Shihab sebelum ini, beliau memberitahu Najib dan keluarganya pernah bercuti di Itali dan selatan Perancis atas kapal layar mewah dengan jemputan beberapa kerabat diraja Asia Barat.

Menurutnya, percutian tersebut disertai beberapa individu termasuk Jho Low, kenalan Najib yang juga ahli perniagaan Sarawak, Tan Sri Bustari Yusuf dan pengarah Aabar Investments PJS Ltd, Mohamed Badawy Al-Husseiny.

Turut serta ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor disertai dua anaknya, Nooryana Najwa dan Nor Ashman Razak serta menantu, Daniyar Kessikbayev.

Dalam salah satu percutian ke Nice, Perancis pada 4 Julai 2013, Wan Ahmad Shihab memaklumkan, anak tiri Najib, Riza Aziz dan produser filem Wolf of Wall Street, Joey McFarland turut menyertainya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×