PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan keberadaan Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, 44, bagi membantu siasatan kes
Menurut SPRM, lelaki itu mempunyai alamat terakhir di Sunway Pallazio, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
“SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut supaya menyalurkan maklumat dengan menghubungi Penguasa G. Sharan Raj di talian 014-3560771 atau e-mel [email protected],” katanya.
Difahamkan, siasatan kes itu berkaitan projek Pembinaan Lebuh Raya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (MEX 2) bermula dari Persimpangan Putrajaya dan berakhir di KLIA.
Adam Radlan sebelum ini dilaporkan turut disiasat berkait projek Jana Wibawa namun mahkamah melepaskan dan membebaskannya daripada 12 pertuduhan rasuah serta pengubahan wang haram. -UTUSAN










