TUARAN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli menyaksikan persaingan sengit apabila seramai 13 calon disahkan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan menjadikannya antara pertandingan paling mencabar dalam pilihan raya kali ini.
Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau (Upko) antara 13 calon iatu di samping Julia Emelda Ongkili (PIS), Jinitoh Sontori (STAR), Arthur Erik Lee (Anak Negeri), Joseph Lee (Warisan), James Lunkapis (KDM) dan Bonaventure Boniface (GRS)
Selain itu, pertandingan turut disertai enam calon Bebas, termasuk Johan Jahid, anak kepada penyandang Datuk Jahid Jahim yang memenangi kerusi tersebut pada 2020 dengan majoriti 3,517 undi ketika itu berlaku pertembungan empat penjuru.-UTUSAN










