PARLIMEN: Permohonan perhimpunan aman sekurang-kurangnya lima hari

PARLIMEN: Permohonan perhimpunan aman sekurang-kurangnya lima hari

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan aman perlu mematuhi peraturan notis baharu yang ditetapkan iaitu membuat permohonan sekurang-kurangnya lima hari sebelum ia diadakan, berbanding tujuh hari sebelum ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, keputusan mahkamah berhubung kes-kes berkaitan perhimpunan aman adalah jelas dan kerajaan sentiasa menghormati proses berkenaan.

“Apapun yang berlaku, kita sangat memahami keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Peraturan lama menetapkan tujuh hari sebelum untuk membuat permohonan tetapi peraturan baharu ialah lima hari sebelum. Ini perlu dipatuhi.

“Dalam keadaan kerajaan memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun, kita hormati keputusan dibuat oleh mahkamah. Justeru, kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PRDM) akan tetap membuat risikan dan pemantauan supaya isu-isu atau kegiatan melanggar peraturan ini dapat ditangani dengan baik dan tersusun.

“Oleh itu, setiap tindakan PDRM tetap mematuhi undang-undang dan tidak akan sesekali melanggar peraturan kerana PDRM sangat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi menghormati hak rakyat dan pada masa sama menjaga keamanan negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berhubung penganjur yang melakukan perhimpunan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) masih dikenakan tindakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN