Nik Nuraina terima Anugerah Pelajaran Diraja Unimap

Nik Nuraina terima Anugerah Pelajaran Diraja Unimap

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan Anugerah Pelajaran Diraja kepada Nuraina Fadhilah Nik Muhammad Nasir sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Kali Ke-20 di Dewan Tuanku Canselor, Pauh Putra, Arau, Perlis semalam. – MINGGUAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Nik Nuraina Fadhilah Nik Muhammad Nasir, 24, dinobatkan penerima Anugerah Pelajaran Diraja sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Ke-20, di sini, semalam.

Anugerah berprestij itu di­sampaikan oleh Raja Muda Per­lis merangkap Canselor Unimap, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik Nik Nuraina serta sumbangan aktif beliau dalam aktiviti kokurikulum sepanjang pengajian.

Bagi penganugerahan itu, Nik Nuraina menerima pingat bersadur emas, wang tunai RM7,500 dan sijil kecemerlangan. Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Anugerah Pelajaran

Diraja dikurniakan kepada dua graduan peringkat ijazah pertama yang menonjol dan mencapai kecemerlangan ter­tinggi dalam bidang akademik.

Nik Nuraina berkata, beliau aktif dalam pelbagai program termasuk misi kemanusiaan ke Kemboja semasa memegang jawatan Bendahari Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK).

“Selain itu, saya juga menjadi pengarah program aliran STEM ke Terengganu, mengetuai 43 pelajar dan staf Unimap melak­sanakan aktiviti di beberapa sekolah. Saya turut menerima Anugerah

Naib Canselor sewaktu konvokesyen diploma dahulu,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Nik Nuraina berkata, sebelum ini, dia pernah diuji apabila terlibat dengan kemalangan semasa memandu pulang untuk bercuti di kampung di Marang, Terengganu.

Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, beberapa hari selepas kejadian itu, dia perlu pulang semula ke universiti dalam keadaan trauma dan letih bagi menghadapi peperiksaan akhir semester lima.

“Kejadian itu mengajar saya bahawa ketabahan bukan bermakna tidak pernah jatuh, tetapi berani bangkit setiap kali diuji. Selepas ini, jika berpe­luang, saya ingin memulakan kerjaya terlebih dahulu bagi menimba pengalaman industri dan me­ngukuhkan kemahiran praktikal yang lebih luas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN