Namewee dipercayai ada hubungan istimewa dengan si mati

Namewee dipercayai ada hubungan istimewa dengan si mati

NAMEWEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Siasatan polis mendapati penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau Namewee dipercayai mempunyai hubungan istimewa dengan pempengaruh wanita warga Taiwan yang ditemukan maut di sebuah hotel di Jalan Conlay di sini pada 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek telah bersama mangsa sejak dari luar negara sehingga kedua-dua mereka berada di negara ini.

“Setakat ini, siasatan mendapati suspek memang mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa. Kita juga telah merakam keterangan semua individu yang terlibat dalam kes ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Sambutan Deepavali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, reman Namewee, 42, disambung tiga hari lagi sehingga 13 November ini.

Ia berikutan penyanyi itu merupakan individu terakhir berada bersama mangsa ketika kejadian.

Fadil berkata, kertas siasatan membabitkan kematian wanita Taiwan itu sedang dilengkapkan dan mengemukakan cadangan pertuduhan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.

Katanya, mayat belum dituntut oleh keluarganya, namun terdapat individu yang cuba menuntutnya dan tidak dibenarkan pihak berwajib kerana tiada pengesahan.

“Justeru, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai keluarga mangsa diminta tampil untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN