Bekalan elektrik beberapa kawasan terjejas banjir dihentikan

Bekalan elektrik beberapa kawasan terjejas banjir dihentikan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekalan elektrik di beberapa kawasan yang terjejas banjir terpaksa dihentikan sementara waktu bagi tujuan keselamatan.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan berkata, antara yang dihentikan bekalan elektrik tersebut adalah di Kelantan membabitkan asrama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Taman Bendahara di Kota Bharu serta Wakaf Aik di Bachok.

“Di Perak, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menghentikan bekalan elektrik di Taman Wira Damai dan Taman Mas, Manjung.

“Bagaimanapun, belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) terjejas bekalan elektrik,” katanya hari ini.

Menurut agensi itu, tindakan menghentikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan tersebut adalah bagi memastikan kesinambungan bekalan ke kawasan kritikal.

“TNB menyediakan genset di lokasi strategik dan melaksanakan pemulihan bekalan melalui genset di pencawang yang selamat untuk dioperasikan,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan tiada fasiliti kesihatan terjejas akibat banjir.

Bagi memastikan perkhidmatan perubatan berjalan lancar, KKM menggerakkan 31 pasukan perubatan kecemasan (EMT) ke PPS yang beroperasi.

“Pasukan itu merangkumi 20 Rapid Response Team (RRT) Kesihatan dan 11 RRT Perubatan.

“Pasukan ini menyediakan rawatan perubatan kepada mangsa dan melaksanakan langkah pencegahan penyakit di PPS,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN