SEREMBAN: Sebanyak 35 buah sekolah di Negeri Sembilan mengalami kerosakan ekoran ribut tropika Senyar yang melanda semalam.
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam kenyataan memaklumkan, kesemua sekolah itu membabitkan empat buah daerah iaitu, Tampin, Rembau, Seremban dan Port Dickson.
Bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera dilaporkan dan kesemua sekolah tersebut selepas ini akan melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
“ JPNS telah mengambil tindakan pantas untuk turun ke setiap lokasi terjejas bagi memastikan keselamatan warga sekolah dan untuk tujuan pemeriksaan awal.
“Kerja baik pulih akan segera dilaksanakan sebaik proses penilaian kerosakan selesai. Pada waktu ini semua sekolah terjejas akan menjalankan PdPR,” katanya. – UTUSAN








