3,000 jemaah haji Perak terima bantuan khas RM3 juta

3,000 jemaah haji Perak terima bantuan khas RM3 juta

SAARANI Mohamad pada sesi pembentangan dalam Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Perak Ke-15 di Ipoh, semalam. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri memperuntukkan bantuan khas RM1,000 seorang kepada kira-kira 3,000 bakal jemaah haji Perak untuk musim haji 1447H/2026M.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, insentif tersebut melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM3 juta.

“Warkah belanjawan ini membawa khabar gembira kepada bakal-bakal jemaah haji negeri Perak.

“Buat julung kalinya, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM1,000 seorang kepada kira-kira 3,000 bakal jemaah haji yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pembentangan Belanjawan 2026 pada Persidangan DUN Perak, di sini semalam.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan negeri turut menyediakan insentif khas kepada dua anak Perak yang mengharumkan nama negeri dalam bidang tilawah dan hafazan al-Quran.

Menurut Saarani, kerajaan negeri berbesar hati memberikan RM20,000 kepada Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan yang muncul sebagai Johan Tilawah al-Quran Antarabangsa 2025.

Katanya, insentif RM7,000 pula diberikan kepada Muhammad Adib Ahmad Rozaini yang mengharumkan nama negeri dengan merangkul Johan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 Kategori 1 hingga 30 Juzuk.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Aiman Ridhwan dan Muhammad Adib yang telah membuktikan keunggulan bakat dan ilmu qiraat anak watan kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN